Manaf Kemaruk Jaringan
5 Mac, 2015
Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu Abdul ManaF Mamat mengaku kemaruk jaringan dan bertekad memperagakan aksi cemerlang ketika melayan kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.
“Selepas menamatkan kemarau jAringan, saya kini semakin bersemangat menjaringkan lebih banyak gol dengan menjadikan perlawanan Sabtu ini sasaran.
“Lebih penting, saya mahu melihat kami menang buat kali ketiga,” kata penyerang berusIa 28 tahun itu yang meledak tujuh gol musim lalu.
“Selepas menyumbat satu gol ketika beRtemu Melaka United Sabtu lalu, semangat kini kian membara dan saya harap momentum permainan tidak menurun ketika bertemu ATM nanti.”
Penyerang bergandingan dengan Paulo Rangel itu bagaimanapun tetap menghormati pasUkan lawan kerana dibarisi beberapa pemain berpengalaman, termasuk empat pemain kelahiran Terengganu, Nor Shahrul Idlan Talaha, Hairuddin Omar, Nor Fazly Alias dan Mohd AfiZie Faisal.
Selain itu, Abdul Manaf berkata, pengalaman luas dimiliki pengendali The Gladiators B Sathianathan perlu diambil kira kerana beliau mempunyai keupayaan membaca perlawanan biarpun belum mencatat kemenangan.
“Kami perlu waspada. Tapi jika semua beraksi pada tahap terbaik dan bijak menggunakan peluang, saya yakin mereka mampu ditewaskan kerana kami bermain di laman sendiri,” katanya.
Original source - Malik Muhamad, sukan@hmetro.com.my, Harian Metro
www.hmetro.com.my
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur