MAKLUMAT TERKINI

JDT Benam Sarawak, Felda Rampas Teraju

8 Mac, 2015

PEMAIN JDT meraikan jaringan mereka ketika dalam perlawanan Liga Super di Stadium
Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. JDT menewaskan Sarawak 2-1.

SLUG : JDT SARAWAKJOHOR Bahru 7 Mac 2015 - Pemain pasukan JDT, Safiq Rahim, meraikan
gol jaringannya, dalam perlawanan Liga Super, bertempat di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunos, Larkin,
Johor Bahru, di sini hari ini.Gambar : AMINN FARIJ HASANPemberita : MOHD FAIZAL HASHIM (Utusan)


KUALA LUMPUR – Felda United kembali merampas teraju pendahulu Liga Super, biarpun sekadar seri tanpa jaringan dengan Lions XII di Stadium Selayang, semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim berkongsi lapan mata bersama Perak, tetapi dipisahkan oleh perbezan jaringan.

Dalam aksi tumpuan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pula, Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk melakarkan kemenangan 2-1 ke atas Sarawak, yang menutup saingan dengan 10 pemain.

Sarawak terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-27 menerusi jaringan pemain import, Billy Mehmet.

Kegembiraan skuad Bujang Se­nang bagaimanapun tidak berkekalan apabila kapten JDT, Safiq Rahim menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit pada minit ke-40 dan 42 untuk memastikan pasukan kendalian Bojan Hodak mengutip tiga mata penuh.

Terengganu terlepas peluang untuk merampas kedudukan pendahulu apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan ATM dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad Abdul Rahman Ibrahim mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 selepas membuka jaringan menerusi Paulo Rangel pada minit ke-32 dan 48.

ATM yang kalah dalam tiga perlawanan terakhir akhirnya mengutip mata pertama, berterima kasih kepada jaringan Jerry Nelson Palacios pada minit ke-67 dan Christie Jayaseelan pada minit ke-74.

Dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan menyaksikan juara Piala Malaysia 2014, Pahang berjaya meraih tiga mata selepas menundukkan Sime Darby 2-0.

Gol-gol Pahang disumbangkan Zeshan Rahman pada minit ke-46 manakala R. Gopinathan menjaringkan gol kedua, minit ke-55.

Original source - Utusan Online www.utusan.com.my
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur