NS Matrix Tak Rela Reputasi Tercalar
10 Mac, 2015
Seremban: Negeri Sembilan (NS) Matrix tidak rela reputasi dan rekod cemerlang tercalar ketika melayani kunjungan T-Team pada saingan Liga Perdana, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat ini.
Justeru, mereka mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan mencipta kemenangan dan mengukuhkan cengkaman di puncak carta liga.
Kapten Rezal Zambry Yahya berkata, dia dan rakan sepasukan menyedari kehebatan T-Team, selepas pasukan itu menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala FA, disusuli kejayaan membenam Johor Darul Takzim 11 dalam aksi liga.
“Kami perlu lebih berhati-hati. Walaupun memiliki kelebihan, kami tidak mengganggap mudah cabaran lawan dan perlu bekerja lebih keras memastikan kemenangan sekali gus mempertahankan rekod cemerlang di gelanggang sendiri.
“Matlamat kami mencipta kemenangan bagi memastikan pasukan terus kukuh selaku pendahulu carta liga,” katanya.
Menurut Rezal lagi, dia yakin pasukan dapat meneruskan momentum kemenangan selepas ramai pemain utama yang sebelum ini kurang cergas, sudah pulih daripada kecederaan termasuk pemain penyerang, Mohamad Khyril Muhymeen Zambri dan S Sivanesan.
Original source - Mohd Amin Jalil, sukan@hmetro.com.my, Harian Metro
www.hmetro.com.my
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur