'Bermain Bukan Untuk Menang', Karnival Akademi Tunas 7,8,9 Tahun Musim 2015 Bermula Dengan Penuh Gaya
15 Mac, 2015
Bukit Jalil: Karnival Akademi Tunas Kuala Lumpur Pusingan 1 melabuhkan tirai dengan cukup bergaya pada hari ini dengan sambutan yang cukup meriah daripada para pelatih cilik.
Karnival ini dipertandingkan dalam tiga peringkat umur iaitu 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun. Karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa pasukan jemputan seperti CIMB-YFA, Putrakidz FC dan Kiddo Kickers FC.
Pasukan Terbaik Bawah 8 Tahun dimenangi oleh CIMB-YFA
Menurut Ketua Jurulatih Remaja Negeri Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Aziz, objektif karnival ini dipertandingkan bukanlah untuk menerapkan semangat ingin menang dalam kalangan pemain muda tetapi ianya lebih kepada untuk mendedahkan tentang waktu permainan dan cara permainan yang betul.
Ujar beliau, pemain-pemain muda ini tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan tertekan untuk menang kerana itu tidak selari dengan objektif utama PPBN.
"Harapan tertinggi saya adalah ingin melihat para pemain terus bersemangat dan segala pengalaman yang ada bakal melonjakkan mereka untuk menjadi pemain yang hebat setaraf dengan pemain luar negara pada masa akan datang," tambah beliau lagi.
Ketua Jurulatih Remaja Negeri Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Aziz
Karnival turut diserikan dengan kehadiran 2 pelatih perempuan daripada
Akademi Tunas Bandar Tun Razak
Meskipun keputusan tidak dicatat pada pertandingan ini, beberapa anugerah telah diberikan kepada pelatih yang terpilih berdasarkan pemerhatian jurulatih-jurulatih terlibat bagi mengiktiraf persembahan yang baik daripada pelatih-pelatih muda ini.
Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Pasukan Terbaik, Pemain Keseluruhan Terbaik, Penggelecek Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik dan Pemain Berdaya Visi Terbaik.
Senarai Pasukan Yang Bertanding:
1)Akademi Tunas Bandar Tun Razak
B7- 2 Pasukan
B8- 1 Pasukan
B9- 1 Pasukan
2)Akademi Tunas Wangsa Maju
B7-1 Pasukan
B8-1 Pasukan
B9-1 Pasukan
3)Kiddo Kickers FC
B7- 1 Pasukan
B9-1 Pasukan
4)CIMB-YFA
B7-1 Pasukan
B8- 1 Pasukan
B9-1 Pasukan
5)UKRC
B9-1 Pasukan
6)Putrakidz FC
B7-1 Pasukan
B8-1 Pasukan
B9- 1 Pasukan
Original source - Fairuz Zaid, Planet Bola