MAKLUMAT TERKINI

Terengganu Ke Suku Akhir Singkir Red Giants

18 Mac, 2015

PEMAIN Terengganu, Gisto Fabian Lopez meraikan gol bersama rakannya
Paulo Rangel (kiri) ketika bertemu Selangor pada perlawanan Piala FA
di Stadium Shah Alam. - Foto Hasriyasyah Sabudin


SHAH ALAM: Terengganu muncul pasukan keenam berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Selangor menerusi kemenangan 3-1 pada aksi pusingan ketiga di Stadium Shah Alam, malam ini yang berlanjutan ke masa tambahan.

Selangor bagaimanapun terlebih dulu di hadapan menerusi tandukan penyerang import dari Brazil, Guilherme De Paula pada minit ke-21.

Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah kemas Vincent Bikana pada minit ke-89 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit.

Hajat Selangor mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti tidak kesampaian apabila Terengganu berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-104 apabila pertahanan import Selangor, Robert Cornthwaite tertanduk ke gawang sendiri sebelum Zairo Anuar Zailani menambah gol ketiga pada minit ke-120.

Terengganu akan bertemu Perak di suku akhir nanti.

Keputusan Piala FA:

SELANGOR 1 (Guilherme De Paula m-21) - TERENGGANU 3 (Vincent Bikana m-89, Robert Cornthwaite (gol sendiri) m-104, Zairo Anuar Zailani m-120).

Sumber - Wan Fakhrul Bakar, wanfakhrul@bh.com.my , BH Online www.bharian.com.my
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur