MAKLUMAT TERKINI

Tok Gajah Janji Mengganas

28 April, 2015

PEMAIN Pahang Dickson Nwakaeme dituntut benam kelab Myanmar.


Kuantan: Pengurus Tok Gajah Datuk Che Nasir Salleh mahu skuad kendalian Zainal Abidin Hassan memastikan kemenangan apabila melayan kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Katanya, kemenangan itu amat penting jika mahu melihat skuad Pahang terus bersaing dalam saingan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas satu slot sudah menjadi milik kelab Hong Kong, South China.

“Tiada cara lain melainkan menewaskan Yadanarbon FC kerana masing-masing masih berpeluang ntuk mengisi satu lagi slot pusingan kedua termasuk Global FC dari Filipina.

“Saya harap semua pemain bijak memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dan kemenangan 3-2 pada aksi pertama di Myanmar diharap berterusan,” katanya.

Dalam saingan kumpulan G, Pahang kini berada di tangga kedua dengan empat mata iaitu berkongsi mata dengan Global FC manakala Yadanarbon FC, tiga mata.

Bagi memastikan Pahang melangkah lebih jauh dalam saingan berprestij itu, hanya kemenangan akan menghidupkan peluang termasuk ke atas Global pada 16 Mei depan.

Justeru, beliau berkata, kemenangan 1-0 ke atas FELDA United FC pada saingan Liga Super, Sabtu lalu diharap memberikan motivasi terbaik buat pemain memastikan kemenangan milik Pahang.

Sumber - Oleh Asrol Awang, sukan@hmetro.com.my, Harian Metro www.hmetro.com.my
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur