CABARAN BARU SKUAD BAWAH 13 TAHUN KEBANGSAAN
28 Mei, 2015
Barisan Pemain Malaysia Bawah 13 Tahun yang bakal beraksi pada Jelajah Eropah kali ini
Pengarah Kanan Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Safirul Azli Abu Bakar
memberi taklimat kepada ibu bapa pemain Malaysia Bawah 13 Tahun
Kuala Lumpur, 28 Mei – Kemampuan anak buah Lim Teong Kim di pentas antarabangsa akan sekali lagi teruji apabila Malaysia Bawah 13 Tahun dijadualkan akan menentang pasukan-pasukan di Jerman dan Sepanyol bagi Jelajah Eropah dan akan bertanding di IberCup Costa Del Sol, Sepanyol (22 Jun – 27 Jun 2019) dan IberCup Estoril , Portugal(30 Jun – 5 Julai 2015) di dalam kategori bawah 13 tahun.
Bagi mempersiapkan pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan tersebut, siri perlawanan persahabatan telah diaturkan di Jerman dan Sepanyol bagi mempersiapkan pasukan dan menguji kemampuan pasukan sebelum berentap di IberCup.
Menurut Pengarah Kanan PPBN, Safirul Azli Abu Bakar, pendedahan peringkat antarabangsa merupakan intipati utama di sebalik penganjuran Jelajah Eropah ini, dan peluang untuk beraksi dengan pasukan ternama tidak harus dilepaskan.
“Walaupun dalam konteks pembangunan di peringkat umur, keputusan itu tidak menjadi sasaran utama.
Namun, setelah beberapa keputusan memberangsangkan skuad ini pada tahun lepas, seperti kemenangan 6-0 ke atas Chelsea FC, dan 1-0 ke atas Sevilla FC, para pemain amat bersemangat untuk menghadapi IberCup.
Inilah julung-julung kali pasukan kita menyertai kejohanan IberCup yang bakal membariskan akademi-akademi utama Eropah dan juga dari serata dunia. “
Kelab-kelab ternama Eropah yang lain juga dijangka akan menghantar pasukan akademi mereka bagi berentap di IberCup,
“Untuk pengetahuan umum, penyandang juara bawah 13 tahun IberCup Costa Del Sol ialah Valencia CF dan Chivas Guadalajara bagi kategori bawah 13 tahun IberCup Estoril. Antara kelab -kelab lain yang dijangka bertanding ialah Paris Saint-Germain, Juventus, Liverpool FC dan Atletico Madrid.“IberCup merupakan kejohanan pelbagai peringkat umur yang dianjurkan pada setiap tahun di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Portugal.
Selain skuad bawah 13 tahun, pendedahan juga bakal diberikan kepada pemain-pemain bawah 12 tahun apabila satu pasukan pilihan bawah 12 tahun bakal dibentuk dari Liga Akademi Tunas Kebangsaan dan Kejohanan MSSM B12 Tahun yang bakal berlangsung Jun ini bagi menghadapi Saitama International Junior Football Tournament 2015 yang akan berlangsung pada 21-27 Julai 2015.
JADUAL PERLAWANAN PERSAHABATAN JELAJAH EROPAH SKUAD PROJEK 2019 MENJELANG IBER CUP COSTA DEL SOL & IBER CUP ESTORIL 2015
Waktu luar negara
Jerman
31 Mei, 1600hrs: Malaysia B13 vs Mernau am Staffelsee
1 Jun, 1700hrs: Malaysia B13 vs DFB Selections
2 Jun, 1700hrs: Malaysia B13 vs UHR Selections
3 Jun, 1630hrs: Malaysia B13 vs Bayern Munich B13
7 Jun, 1630hrs: Malaysia B13 vs Tirol Selections B13
8 Jun, 1800hrs: Malaysia B13 vs Furstenfeldbruck
9 Jun, 1800hrs: Malaysia B13 vs Red Bull Salzburg B13
10 Jun, 1745hrs: Malaysia B13 vs Augsburg
11 Jun, 1935hrs: Malaysia B13 vs TSV 1860 Munich
Sepanyol
14 Jun, 1830hrs: Malaysia B13 vs CF Pozuelo de Alarcon
15 Jun, 1900hrs: Malaysia B13 vs Rayo Vallecano
16 Jun, 1630hrs: Malaysia B13 vs D.A.D Santa Ana
17 Jun, 1900hrs: Malaysia B13 vs Royal Spanish FA Selections (RFEF)
19 Jun, 1900hrs: Malaysia B13 vs Sevilla FC Academy
20 Jun, 1900hrs: Malaysia B13 vs Rayo Vallecano
22-27 Jun: IberCup Costa Del Sol, Sepanyol
30 Jun-5 Julai: IberCup Estoril, Portugal
Sumber - Faliq Firdaus, Planet Bola