Bola Sepak: Kejayaan Skuad Kendalian Lim Teong Kim Baru Permulaan
29 Jun, 2015
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kejayaan skuad bimbingan jurulatih Lim Teong Kim menjuarai Piala Iber 2015 di Costa Del Sol, Sepanyol hanya permulaan kebangkitan sukan bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata beliau tidak mahu pemain remaja bawah 13 tahun itu hilang fokus dengan publisiti yang diperoleh menerusi kejayaan mereka.
"Kejayaan mereka merupakan hasil daripada pelaksanaan program pembangunan bola sepak negara yang baru setahun dilaksanakan.
Mereka perlu mengekalkan corak permainan yang teratur, kemas dan berkesan sehingga mereka dewasa," kata Khairy kepada pemberita.
Pasukan bola sepak bawah 13 tahun negara menewaskan pasukan Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan akhir piala itu, Sabtu.
Iber Cup ialah antara kejohanan bola sepak peringkat belia paling berprestij di dunia dan merupakan kejohanan yang disertai skuad bawah 13 tahun negara dalam siri jelajah Eropah.
Sumber - Oleh Bernama
www.bernama.com
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur