MAKLUMAT TERKINI

"Diharap Kejayaan Pasukan Malaysia B-13 Dapat Diteruskan" - Izham Ismail

8 Julai, 2015

Kuala Lumpur, 8 Julai 2015 : Ketua Pegawai Eksekutif Pemain Bolasepak Professional Malaysia (PFAM), Izham ismail tidak terkecuali dalam menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaan pasukan malaysia B13 di sepanjang Jelajah Eropah yang berlangsung baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail(kiri) ketika di Mesyuarat
Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara Bil 1/2015.


"Saya mewakili berjuta penyokong bola sepak negara pastinya amat berbangga dengan prestasi skuad bawah 13 tahun negara di Eropah.

Semoga kejayaan ini terus membakar semangat semua pemain untuk terus beri yang terbaik." ulas Izham, ketika dihubungi pihak Planet Bola.

Beliau yang juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBN) turut menyatakan bahawa kejayaan ini telah memberi imej positif kepada pentingnya usaha pembangunan di peringkat akar umbi dalam kancah bola sepak negara.

Pasukan Malaysia B-13 berjaya mencatatkan 21 kemenangan daripada 24 perlawanan di sepanjang Program Jelajah Eropah yang telah berlangsung dari 29 Mei hingga 5 Julai 2015, disamping berjaya memenangi Piala Iber Costa Del Sol kategori bawah 13 tahun, apabila berjaya menumpaskan Sporting CP di perlawanan akhir dengan jaringan 2-1.

Sumber - Oleh Faliq Firdaus, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur