'Refresher course' Jurulatih Latihan Daerah Bermula Esok
18 Ogos, 2015
Bukit Jalil, 18 Ogos –Kursus Ulangkaji atau lebih dikenali sebagai ‘refresher course’ akan diadakan untuk jurulatih-jurulatih Pusat Latihan Daerah yang terpilih, bermula pada hari esok.
Kursus tersebut akan bermula pada 19 hingga 22 Ogos 2015 bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil dan diadakan sejurus tamatnya kursus yang sama diadakan pada minggu lepas, bagi jurulatih-jurulatih yang berpusat di Akademi Tunas.
Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim akan bertindak sebagai tenaga pengajar dan dibantu oleh penolong jurulatih P. Ganasamurthy dan Raja Azlan Shah sepanjang kursus ini berlangsung.
Ketua Pencarian Bakat PPBN, P.Ganasamurthy merupakan salah satu jurulatih
yang akan membantu Lim Teong Kim sepanjang kursus ini berlangsung.
‘Refresher course’ ini bertujuan sebagai proses pengulangan pembelajaran serta proses ulang kaji bagi mereka yang terlibat bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) sebagai jurulatih. Kursus ini juga secara tidak langsung akan membantu jurulatih-jurulatih PPBN mengekalkan tahap kualiti serta meningkatkan daya fokus ketika sesi kejurulatihan, selain merupakan salah satu program tahunan yang disertakan dalam kalendar program PPBN.
Sumber - Faez Redzuan, Planet Bola
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur