Malaysia belasah Filipina 7-0
19 September, 2015
KUALA LUMPUR – Skuad muda negara mencatatkan kemenangan besar keduanya dalam kelayakan Piala AFC Bawah 16 apabila membelasah Filipina 7-0 di Vientiane, Laos semalam, sekali gus menerajui Kumpulan G dengan sembilan mata maksimum.
Selepas tiga perlawanan, skuad P. Somasundram telah menjaringkan 21 gol dan belum dibolosi setelah menang 13-0 ke atas Kepulauan Mariana Utara sebelum mengalahkan Timor Leste 1-0.
Kemenangan ketiga semalam meletakkan skuad negara semakin hampir ke pusingan akhir tahun depan, dan hanya memerlukan seri dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, menentang tuan rumah Laos esok untuk layak ke India.
Pesta gol skuad negara semalam bermula seawal minit kesembilan apabila pemain Filipina, Prichi Roy James menjaringkan gol sendiri, diikuti jaringan pemain tengah Alif Haikal Lokman Hakim Lau pada minit ke-32. Lima gol lagi dijaringkan oleh Muhammad Iqbal Hakem Mohd. Hata, Muhammad Izreen Izwandy, penyerang gantian Muhammad Alif Safwan Sallahuddin dengan dua gol dan Zainul Arifin Ahmad Latifi.
Sumber - Utusan Online,
www.utusan.com.my
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur