MAKLUMAT TERKINI

SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertemu SSN Kedah rebut Piala Sumbangsih Menteri Pendidikan Malaysia

23 Februari, 2016


JITRA, KEDAH : Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia musim baharu bakal bermula hujung minggu ini apabila Sekolah Sukan Negeri (SSN) Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur (SMK Seri Titiwangsa) dijadualkan akan berentap menentang Sekolah Sukan Negeri Kedah (SMK Tunku Anum T.A.R) bagi merebut Piala Sumbangsih Menteri Pendidikan Malaysia bawah 14 tahun, sekaligus menandakan permulaan saingan kompetetif liga peringkat bawah umur pada tahun ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri pasti memberikan kelebihan buat para pemain pasukan SSN Kedah untuk memberikan aksi terbaik di perlawanan tersebut. Pada edisi tahun lalu, SSN Kedah berjaya ke pusingan suku akhir Liga Piala Menteri Pendidikan bawah 14 tahun setelah menduduki tangga kedua Liga Super B-14 di belakang pasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Pahang. Namun impian mereka untuk ke menjuarai Liga Piala Menteri Pendidikan terkandas di pusingan separuh akhir setelah mereka tewas kepada pasukan SSM Tunku Mahkota Ismail.

Antara aksi perlawanan di antara SSM Tunku Mahkota Ismail (jersi merah)
menentang SSN Negeri Sembilan (jersi biru).

Namun pada tahun ini skuad kendalian Suhaimi Nizam pastinya turun dengan penuh keyakinan untuk menjulang kembali Piala Sumbangsih yang pernah dimenanginya pada tahun 2010 dan 2013 dan SSN Kedah juga pernah menjuarai dua kali Liga Piala Menteri Pendidikan pada tahun 2010 dan 2012.

Bagi ketua jurulatih SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabri Abd Saffar kini pasukannya giat melakukan persediaan menjelang Piala Sumbangsih Menteri Pendidikan Malaysia dan Liga Piala Menteri Pendidikan bawah 14 tahun secara kesuluruhan.

Mengulas mengenai perlawanan yang akan berlangsung di tempat lawan , beliau berkata pasukan SSN Kedah adalah satu pasukan yang kuat tambahan pula apabila mereka akan bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Namun itu bukan menjadi penghalang buat pasukan SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan saya percaya kemampuan para pemain saya dan mereka mampu untuk meraih 3 mata penuh dan menjulang Piala Sumbangsih 2016 ini “ ujar beliau.

Pasukan SSN Negeri Sembilan menjuarai Liga Piala Menteri Pendidikan
(Bawah 14) bagi tahun 2015 setelah berjaya menewaskan pasukan SSM Tunku
Mahkota Ismail dengan jaringan 2-1.

SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berpusat di SMK Seri Titiwangsa pasti tidak akan memberikan laluan mudah buat pasukan SSN Kedah yang berpusat di SMK Tunku Anum, Jitra dan perlawanan yang menarik pasti bakal diperagakan pada perlawanan pembukaan Liga Bola Sepak Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 ini.

Sumber - Umar Shafiz, Planet Bola

Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur