Kenyataan Balas Teong Kim Terhadap Isu 'Jurulatih Bodoh Sombong'
16 Mac, 2016
Lim Teong Kim
PENGARAH Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim yang juga bekas jurulatih remaja Bayern Munich memberi kenyataan balas terhadap isu 'jurulatih tempatan bodoh sombong' yang pernah dikatakan beliau tahun lalu.
Menurut Lim Teong Kim, jurulatih perlu memahami dan terima teguran dengan hati terbuka. Semua orang boleh memberi teguran dan pendapat mereka terhadap bola sepak kita.
"Saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman di mana mereka tidak ada, jika mereka tidak mahu terima itu masalah mereka." ujar beliau sewaktu ditemuramah oleh wakil mStar Online.
Lim Teong Kim turut memberitahu bahawa Kejohanan AFF dan Sukan Sea adalah sesuatu kejohanan yang tidak boleh dibanggakan dan ia bukan lagi satu pencapaian.
"Kami juga pernah memenangi sukan sea ketika zaman Soh Chin Aun, sesuatu pencapaian yang boleh dibanggakan apabila mereka layak ke Piala Asia" tegas beliau.
Selain itu, Lim Teong Kim turut mengulas mengenai bekas jurulatih kebangsaan yang tidak ada pendirian dan mereka tidak berani untuk bercakap benar.
"Ketika pasukan kebangsaan dibimbing oleh K.Rajagopal beliau juga ada memberi komen mengenai kecergasan para pemain, dia ada pendirian dan ini jurulatih yang kita mahu." tegas Lim Teong Kim.
Sumber - Zainal Azhar Mohamed & Suryati Mohd Nor, mStar Online
www.mstar.com.my
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur