MAKLUMAT TERKINI

Misi besar P. Somasundram

31 Mac, 2016

Siri pendedahan dan perlawanan kompetitif sedang direncanakan bagi mempersiapkan skuad Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) bawah 16 tahun selain daripada memperkasa kekuatan skuad remaja kebangsaan bawah 16 tahun yang akan dibarisi rata-rata daripada pasukan sekolah sukan tersebut.

Bermula pada April, skuad SSMP B-16 kendalian P.Somasundram akan kembali beraksi di Piala Belia dimana mereka kini menduduki di tangga kedua carta liga dibelakang pasukan KL Felda United.

Pemain Tokyo FA B-16 tahun memberi asakan kepada pemain Malaysia B-16

Manakala bagi peringkat antarabangsa, majoriti pemain daripada pasukan tersebut akan dipanggil bagi membentuk skuad remaja kebangsaan bawah 16 tahun apabila dijemput menyertai Kejohanan Jemputan 4 Penjuru bersama pasukan Brazil, Korea Selatan dan India yang akan berlangsung pada Mei ini, di Goa, India. Sejurus selepas itu, latihan intensif selama 3 minggu di Osaka, Jepun pada bulan Jun nanti telah direncanakan sebelum mereka berlepas ke Cambodia untuk beraksi di kejohanan AFF bawah 16 pada Julai.

P. Somasundram tagih lebih banyak pendedahan buat anak buahnya.

Menurut Somasundram, kesemua siri pendedahan dan pertandingan yang disertai ini adalah persediaan buat pasukan beliau yang akan beraksi di Piala AFC bawah 16 tahun di India yang akan bermula pada 15 September 2016. Kejohanan AFC ini amat penting buat beliau dan pasukan, sambil menegaskan keinginannya mendapatkan slot ke Piala Dunia bawah 17 tahun di India tahun hadapan . Hanya 4 pasukan terbaik di Piala AFC B-16 akan layak ke Piala Dunia bawah 17 tahun pada tahun seterusnya.

"Sasaran utama saya adalah untuk melayakkan pasukan ini ke Piala Dunia bawah 17 tahun 2017, dan kini saya sedang mempersiapkan pasukan dan berharap kesemua pemain sudah bersedia dan dapat beraksi dengan baik nanti", ujar Somasundram.

Beliau turut mengulas mengenai perlawanan persahabatan di antara Malaysia bawah 16 tahun menentang Tokyo FA bawah 16 tahun, pada dua hari lepas yang berlangsung di Wisma FAM. Mereka telah tewas kepada pasukan pelawat dengan jaringan 2-1. Walaupun tewas perlawanan semalam beliau berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh anak anak buahnya.

Pemain Malaysia B-16 cuba mengatasi pemain pasukan Tokyo FA B-16

"Saya harus memberikan pujian buat para pemain saya, walaupun tewas tetapi mereka telah menunjukkan aksi yang terbaik. Banyak peluang yang mereka ada namun tidak berjaya disempurnakan."

Seterusnya pasukan remaja kebangsaan dijadualkan akan menentang pasukan KL Felda United pada Ahad ini di Padang B Akademi Mokhtar Dahari, Gambang bagi meneruskan saingan Piala Belia 2016.

Sumber - Umar Shafiz, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur