MAKLUMAT TERKINI

Pendedahan peringkat Asia Tenggara menanti Malaysia di Festival Bola Sepak Serantau AFC B-14

21 Julai, 2016


Satu lagi pendedahan antarabangsa menanti skuad Malaysia bawah 14 tahun apabila dijadualkan akan menyertai Festival Bola Sepak Serantau B-14 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada 26 hingga 30 Julai 2016 di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Malaysia diundi bersama Timor Leste, Kemboja, Filipina dan Laos dalam Kumpulan B manakala tuan rumah Brunei diundi bersama Myanmar, Vietnam, Thailand dan Singapura di dalam Kumpulan A.

Seramai 18 pemain bakal membawa cabaran negara dan akan dikendalikan oleh ketua jurulatih, Raja Azlan Shah Raja Sho’ib yang akan dibantu oleh Wan Rohaimi Wan Ismail.

Menurut Raja Azlan, penyertaan pada tahun ini terdapat sedikit kelainan kerana “talent pool” semakin besar dan pendedahan antarabangsa dapat diberikan kepada lebih ramai pemain.

“Ada daripada mereka yang telahpun ke Jelajah Eropah pada tahun ini, jadi ini merupakan peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan ke sana, untuk memperagakan bakat dan aksi mereka di sini. Selain itu, kita dapat menilai kemampuan kita dan mengkaji kekuatan pasukan-pasukan serantau di peringkat umur. Walau bagaimanapun harus diingatkan bahawa tujuan utama kita ialah pendedahan.”

Raja Azlan Shah Raja Sho'ib (kanan) akan bertindak sebagai ketua jurulatih
di sepanjang kejohanan, dan dibantu oleh Wan Rohaimi Wan Ismail.

Festival Bola Sepak Serantau AFC Bawah 14 Tahun merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh AFC bagi negara-negara yang bernaung dibawahnya bertujuan memberi pendedahan antarabangsa di peringkat akar umbi. Penganjuran festival sedemikian dipecahkan mengikut zon, sebagai contoh; Afghanistan, India, Iran, Kyrgyztan, Nepal dan Tajikistan membentuk Zon Selatan dan Tengah. Manakala Brunei, Myanmar, Vietnam, Thailand, Singapura, Timor Leste, Malaysia, Kemboja, Filipina dan Laos membentuk zon Asia Tenggara.

Setiap pasukan akan menentang satu sama lain dalam satu pusingan bagi setiap kumpulan dan sistem mata tidak akan digunapakai sekaligus menandakan tidak ada juara mutlak bagi pertandingan ini yang berkonsepkan festival secara tidak langsung mencapai objektif utama penganjuran iaitu pendedahan antarabangsa.

Jadual Perlawanan Festival Bola Sepak Serantau AFC B-14, Bandara Seri Begawan Brunei.26-30 Julai 2016


Sumber - Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) / National Football Development Programme (NFDP)

Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur