MAKLUMAT TERKINI

Lim Teong Kim hantar skuad AMD B-14 ke Korea Selatan, B-13 ke India

18 September, 2016


KUALA LUMPUR - Skuad bawah 14 tahun Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) hari ini berlepas ke Korea Selatan bagi menjalani siri perlawanan persahabatan menentang akademi-akademi di Seoul dan Busan selama hampir dua minggu. Manakala skuad bawah 13 tahun juga turut berangkat ke New Delhi, India hari ini bagi memenuhi jemputan Piala Antarabangsa Subroto 2016 bagi kategori bawah 14 tahun bermula 18 September hingga 30 September 2016.

Akademi-akademi ternama di Korea Selatan seperti Suwon Samsung Bluewings, Pohang Steelers, dan Ulsan Hyundai telah disenaraikan sebagai antara pasukan-pasukan yang dijangka menjadi saingan skuad AMD B-14 di sana, melibatkan seramai 20 orang pemain. Lim Teong Kim akan mengetuai barisan kejurulatihan skuad tersebut selain turut dibantu jurulatih, Raja Azlan Shah Raja Sho’ib.

Setelah mengharungi Jelajah Eropah pada Mei lepas, skuad B-14 kini akan melalui
latihan intensif dan siri perlawanan persahabatan di Korea Selatan
selama hampir dua minggu.

Selepas menjuarai Piala Iber Costa Del Sol pada tahun lepas, skuad pimpinan bekas jurulatih remaja Bayern Munich itu kini berumur 14 tahun dan merupakan antara barisan pelatih pertama yang akan menghuni AMD apabila fasa kedua pembinaan pusat latihan berprestasi tinggi di Gambang, Pahang itu siap pada penghujung tahun depan.

Sementara itu, seramai 16 orang pemain berumur 13 tahun telah dihimpun bagi membawa cabaran negara di Piala Antarabangsa Subroto 2016, di New Delhi, India bertanding di dalam kategori bawah 14 tahun. Penyelaras Teknikal Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Efendi Abdul Malek diberi tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di sepanjang kejohanan yang telah pun mencecah penganjuran kali yang ke-57.

Dua bekas pemain kebangsaan, Efendi Abdul Malek (kiri) dan Wan Rohaimi Wan Ismail,
kini dipertanggungjawabkan melatih skuad-skuad elit B13 & B14.

Selain daripada pendedahan antarabangsa di Korea Selatan dan India, satu lagi skuad bawah 14 tahun kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail dijadualkan akan ke Buriram, Thailand pada 11-14 Oktober 2016 bagi menyertai Piala Juara-Juara Antarabangsa CP Meiji Bawah 14 Tahun anjuran kelab Liga Perdana Thailand (TPL), Buriram United. Kejohanan tersebut turut membariskan pasukan-pasukan seperti Jubilo Iwata (Jepun) dan skuad remaja kebangsaan Laos.

SENARAI PEMAIN SKUAD AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI (AMD) B-14 KE JELAJAH KOREA SELATAN 2016.
  1. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
  2. Muhammad Raimi Samsul
  3. Muhammad Firdaus Ramli
  4. Ali Imran Sukari
  5. Muhammad Hariz Mansor
  6. Harith Haikal Adam Afkar
  7. Naven Raj Kanan
  8. Mohammad Alias Alan
  9. Harith Naem Jaineh
  10. Luqman Hakim Shamsudin
  11. Alif Daniel Abd Aziz
  12. Muhammad Firdaus Kaironnisam
  13. Megat Syafique Syazwan Mohd Khairul
  14. Muhammad Izzul Adham Suhami
  15. Muhd Umar Hakeem Suhar Redzuan
  16. Muhammad Amirul Ashrafiq Hanifah
  17. Muhammad Asman Asrul Sulkarnain
  18. Abdul Alim Al Amri Ali
  19. Mohammad Ikhwan Mohd Hafizo
  20. Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki
SENARAI PEMAIN SKUAD AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI (AMD) B-13 KE PIALA ANTARABANGSA SUBROTO 2016.
  1. Shahazrul Azim Shaharil
  2. Azannis Adzri Abdul Halim
  3. Muhammad Fizar Fikree Muhd Asri Ali
  4. Muhd Najmuddin Akmal Kamal Akmal
  5. Mohamad Akif Afizi Ramzi
  6. Muhammad Danish Mohamad Zahir
  7. Mohamad Nabil Asyraf Ramli
  8. Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri
  9. Mohamad Sappie Ashri
  10. Muhammad Haziq Ridhwan Mohd Rosli
  11. Syed Zaris Irfan Syed Putra Hasdiana Faizal
  12. Muhammad Amjad Rifa’ie Mohamad Nazi
  13. Muhammad Farhan Rahim
  14. Haikal Mubarak Din
  15. Muhammad Aman Syamim Kaswadi
  16. Muhammad Syazwi Anuar
Source - Faliq Firdaus, Planet Bola

Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur