MAKLUMAT TERKINI

Piala Supermokh: Malaysia Cougars kalahkan Sporting Lisbon

18 Disember, 2016

PEMAIN Malaysia Cougars, Muhammad Raimi Shamsuk (kiri) diasak pemain
Sporting Lisbon pada aksi perlawanan akhir Piala SuperMokh bawah 14 tahun
di Padang MSN. - Foto Owee Ah Chun


KUALA LUMPUR: Skuad pembangunan bola sepak negara, Malaysia Cougars muncul juara Piala Supermokh kategori bawah 14 tahun selepas menundukkan kelab dari Portugal, Sporting Lisbon 1-0 pada aksi final di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung sengit dengan pasukan daripada Portugal itu lebih banyak mendominasi permainan dan melakukan percubaan namun kemantapan barisan pertahanan Cougars berjaya menghalang setiap percubaan.

Bagaimanapun, peluang keemasan yang diperoleh skuad negara berjaya disudahkan Luqman Hakim Shamsudin untuk gol tunggal perlawanan pada minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan itu bagaimanapun dibantah Sporting yang menyatakan Luqman sudahpun berada dalam keadaan ofsaid namun pengadil perlawanan tetap mengesahkan jaringan terbabit.

Keputusan ini menyaksikan skuad bawah 14 tahun itu muncul juara buat kali pertama, sekali gus menggagalkan hasrat Sporting Lisbon untuk meraih kejuaraan berganda selepas mereka meraih gelaran bagi kategori bawah 12 tahun.

Sumber - Berita Harian www.bharian.com.my
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur