MAKLUMAT TERKINI

Piala SuperMokh milik Malaysia Cougars

19 Disember, 2016



Skuad Malaysia Cougars muncul juara Piala Supermokh Bawah 14 tahun (B-14) selepas menewaskan wakil dari Portugal, Sporting CP, 1-0 dalam aksi final di Padang D Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Anak buah Lim Teong Kim itu beraksi cemerlang sebaik wisel dibunyikan dan perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Jaringan tunggal Luqman Hakim Shamsuddin di penghujung separuh masa kedua memastikan wakil dari Malaysia itu muncul juara mengatasi Sporting CP.

Teong Kim yang merupakan ketua jurulatih skuad Malaysia Cougars, ternyata berpuas hati dengan corak bertahan yang ditampilkan anak buahnya.

Walaupun kubu kita diasak berulang kali, mereka tetap bertahan dengan baik dengan sekali sekala melancarkan serangan balas.

"Tidak dinafikan penjaga gol kita, Sikh Izhan Nazrel berada di kelas tersendiri dan beliau beraksi dengan cukup cemerlang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

enteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut hadir menyaksikan perlawanan berkenaan bersama Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Khairy berkata, kejohanan berkenaan menjadi platform ujian yang mencabar bagi pasukan remaja B-12 dan B-14 negara.

"Kejohanan itu mendapat penyertaan dari kelab-kelab ternama dunia seperti Paris St Germain dari Perancis, Manchester City (England) dan Sao Paulo (Brazil).

"Saya lihat Piala SuperMokh ini menepati objektif dengan memberi pendedahan kepada bakat-bakat muda terutamanya skuad elit Akademi Bola Sepak Negara," katanya.

-Bernama

Sumber - Malaysia Kini www.malaysiakini.com
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur