MAKLUMAT TERKINI

Persaingan Mampu Tingkatkan Mutu Pemain dan Pasukan

20 Mac, 2015

Wangsa Maju: Dalam setiap perlawanan, persaingan merupakan satu aspek yang penting dan harus diambil kira oleh setiap pemain mahupun jurulatih itu sendiri.

Persaingan bukan sahaja dilihat dari aspek kemenangan bahkan terdapat pelbagai lagi aspek yang boleh kita lihat.

Liga Akademi Tunas Zon yang telah berlangsung hari ini dapat melihatkan setiap Akademi Tunas bersaing untuk menjadi yang terbaik di antara mereka.

Aksi perlawanan di antara Akademi Tunas Wangsa Maju B12 (Hitam) menentang
Akademi Tunas Petaling Perdana B12 (Merah)


Liga Akademi Tunas Zon Tengah (LATZ Tengah) melibatkan dua negeri iaitu Selangor dan Perak serta satu wilayah, WP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya.

Liga yang melibatkan peringkat umur 10, 11 dan 12 tahun ini juga dimeriahkan lagi dengan sokongan ibu bapa yang sanggup hadir walaupun pada waktu bekerja mereka.

LATZ Tengah memperlihatkan setiap pasukan menunjukkan semangat untuk bersaing di dalam setiap perlawanan.

Fokus utama mereka bukanlah untuk menang tetapi ingin menjadi sebuah pasukan yang baik dan mampu menjadi pasukan yang digeruni dalam setiap perlawanan.

Menurut jurulatih B12 Akademi Tunas Larut Matang Selama, Hazyzy Izuan setiap pemain perlu ada sikap untuk bersaing yang bukan hanya pada kemenangan malah juga melibatkan aspek yang lain.

Beliau juga berpendapat bahawa pemain di dalam satu pasukan perlu bersaing sesama mereka untuk menjadi pemain yang berkualiti.

"Pemain perlu lahirkan sendiri semangat daya saing agar mereka tidak merasa selesa dalam setiap perlawanan." ujar Hazyzy Izuan.

Jurulatih B12 Akademi Tunas Larut Matang Selama, Hazyzy Izuan


"Walaupun liga ini masih awal tetapi para pasukan menunjukkan saingan yang sengit yang boleh menyukarkan setiap pasukan yang bertanding." tambah beliau setelah pasukannya tamat perlawanan dengan B12 AT Petaling Perdana.

Selain pemain, pasukan itu sendiri perlulah mewujudkan daya saing dalam setiap perlawanan. Mereka haruslah bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam taktikal mahupun penguasaan permainan.

Sekiranya mereka mampu mengawal permainan tidak mustahil untuk merek peroleh kejayaan dalam setiap perlawanan.

Persaingan itu perlu supaya setiap pasukan tidak merasa mudah dalam setiap perlawanan.

Sekiranya persaingan itu tidak wujud makanya setiap pasukan akan memperoleh kejayaan dengan senang.

Liga Akademi Tunas Zon Tengah hari ini berlangsung di SK Wangsa Maju Zon R10 (bawah 10 tahun) dan Kompleks Sukan MSN Setiawangsa (bawah 11 & 12 tahun), dan disertai oleh pasukan Akademi Tunas dari Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Petaling Perdana, Kuala Selangor, Kinta Utara dan Larut Matang & Selama.

Selain daripada Liga Akademi Tunas Zon Tengah, turut berlangsung pada hari yang sama ialah adalah Liga Akademi Tunas Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur. Liga yang baru sahaja bermula ini dijadualkan akan berlangsung pada 11 April 2015 untuk pusingan seterusnya.

Sumber - Amir Syauqi, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur