MAKLUMAT TERKINI

Pasangan Kembar Curi Perhatian Di Karnival Akademi Tunas Kulaijaya

21 Mac, 2015

Johor Bharu : Karnival Akademi Tunas 7,8, dan 9 tahun memulakan pusingan pertama apabila ianya dianjurkan di Padang Malinja 14, Kulaijaya, semalam.

Karnival ini disertai oleh kesemua pasukan Akademi Tunas serta pasukan jemputan yang hadir dari sekitar kawasan Johor Bharu.

Pemain-pemain berbakat dapat dilihat sepanjang karnival ini berlangsung dan lebih menarik lagi, apa yang menjadi bualan penonton di karnival tersebut ialah aksi lincah pasangan kembar daripada pasukan CCI Kg.

Melayu, iaitu Amir Idris (abang) dan Amin Idris (adik) yang beraksi di dalam kategori bawah 9 tahun.

Mereka yang masih berumur 8 tahun ini turut menjadikan pemain antarabangsa sebagai idola mereka.

Amir Idris meminati cara permainan pemain Arsenal, Luis Sanchez manakala adiknya pula, meminati gaya permainan pemain Barcelona, Lionel Messi.

Ternyata kelincahan mereka turut diakui oleh para jurulatih di karnival tersebut, apabila Amin Idris berjaya menobatkan diri sebagai Pemain Berdaya Visi Terbaik kejohanan.

Pemain kembar dari pasukan CCI Kg. Melayu. Dari kiri : Amir Idris dan Amin Idris


Turut menarik perhatian, ialah pemenang anugerah Penggelecek Terbaik bawah 7 tahun, yang dimenangi oleh Qistina Shamsul Ahmad Kamal daripada pasukan Absolute Soccer Kids, satu-satunya pemenang perempuan dalam kalangan pemain yang bertanding.

Berikut merupakan senarai pemenang anugerah di Karnival Akademi Tunas (KAT) Bawah 7,8, dan 9 Tahun di Kulaijaya:

Pertahanan Terbaik
Bawah 7 –Syazwaz Herwan Shah (JB Kids)
Bawah 8 – Izan (Pumas Junior)
Bawah 9– Shame Saari (Desa Jaya)

Penggelecek Terbaik
Bawah 7 – Qistina Shamsul Ahmad Kamal (Absolute Soccer Kids)
Bawah 8 – Jamsir Farouk (HMFC)
Bawah 9 – Naufal Suhaimi (Akademi Perdana)

Pemain Berdaya Visi Terbaik
Bawah 7 – Mohd Haziq Hazrul (HMFC)
Bawah 8 – Mohd Amin Idris ( CCI Kg. Melayu)
Bawah 9 – Alif Jufri ( Akademi Perdana)

Pemain Terbaik
Bawah 7 – Mohd Ikram Nazirudin (Akademi Tunas Johor)
Bawah 8 – Adam Haziz (Akademi Tunas Johor)
Bawah 9 – Adib Ibrahim (SJFC)

Pasukan terbaik
Bawah 7 – Johor Bharu Kids
Bawah 8 – Southern Johor FC
Bawah 9 – Southern Kids

Sumber - Afiq Ruslan, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur